Resepi Peria Katak Goreng Rangup - Pengedar Shaklee Johor Bahru, Pengedar Vivix Shaklee Malaysia

Tuesday, October 10, 2017

Resepi Peria Katak Goreng Rangup

Peria katak sangat sinonim dengan rasa pahit yang sangat kuat dan ia adalah paling pahit dikalangan sayuran dan buahan lain. Petua orang dahulu, mereka selalu menggunakan peria katak ini untuk penyakit kencing manis, dipercayai rasa pahit yang kuat itu adalah penawar bagi kencing manis. Di sini, Cik Jeely sertakan resepi mudah dan sedap untuk menyediakan peria katak, tidak kira untuk pesakit kencing manis atau untuk dimakan demi kesihatan. 

Resepi peria katak:

Peria katak goreng tepung rangup

Bahan-Bahan:

2 biji peria katak bersaiz sederhana
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh serbuk kari
Garam secukup rasa
1 biji telur

Cara-cara:

  1. Hiris nipis peria katak. Kemudian cuci bersih, tos dan keringkan dengan kitchen towel.
  2. Di dalam mangkuk lain, satukan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, serbuk kari dan garam, gaulkan sehingga rata.
  3. Di dalam mangkuk lain, pecahkan telur sebiji dan kacau hingga rata.
  4. Ambil peria yang sudah dikeringkan, golekkan ke dalam tepung, kemudian celup ke dalam telur, dan akhir sekali ke dalam tepung semula. Ini untuk mendapatkan rasa yang rangup.
  5. Setelah minyak panas, gorengkan peria yang sudah disalut tadi. Masak sehingga kekuningan. Siap! 
  6. Selamat menjamu selera! Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.

credit Google


Ulam Peria Katak

Selain sedap digoreng rangup, peria katak juga sedap dibuat ulam. Salah satu ulam kegemaran Cik Jeely. Disebabkan di rumah Cik Jeely ada menanamnya, jadi mudah kerana boleh petik-potong-makan terus. Peria katak yang baru dipetik rasanya manis manis sedikit, tapi pahitnya tetap ada. Cubalah! 

#ingatjeelyingatshaklee
#superstarzfamily

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, boleh hubungi;
Cik Jeely 013-7115530
(ID 1259311)
FB: Jeelyana Andik Makah
IG: theandik



No comments:

Post a Comment