Petua Kencing Manis dari Sumber yang Selamat - Pengedar Shaklee Johor Bahru, Pengedar Vivix Shaklee Malaysia

Tuesday, October 17, 2017

Petua Kencing Manis dari Sumber yang Selamat

Bagi pengidap kencing manis mereka bukan sahaja konsisten dengan ubat doktor malah banyak petua kencing manis dari sumber yang selamat boleh digunakan. Cik Jeely akan kongsikan petua kencing manis yang sudah lama diamalkan sejak dahulu. Anda boleh juga lihat disini untuk mengetahui tanda-tanda kencing manis peringkat awal.


Petua Kencing Manis dari Sumber yang Selamat

1.Peria Katak

PERIA KATAK
Peria katak atau nama saintifiknya Momordica Charantia mengandungi 3 bahan aktif untuk masalah kencing manis. Antaranya ialah Charantin yang membantu untuk merendahkan paras gula dalam darah, Vicine dan juga Polypeptide-P iaitu sejenis bahan seperti insulin. Insulin ini sangat penting kerana ia bekerja dengan menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Tiada insulin- gula tidak dapat ditukar kepada tenaga- paras gula akan semakin tinggi dalam darah dan berisiko memberi kesan keatas saraf, mata, buah pinggang,dll. 

Cara menggunakan peria katak sebagai petua hanya dengan meminun jus peria katak yang diekstrak segar, pada setiap pagi semasa perut kosong. Ini akan memberi kesan penyerapan lebih optimum. Boleh baca khasiat peria katak yang lain disini.

2.Patawali / Akar Seruntun

PATAWALI / AKAR SERUNTUN
Patawali/Akar Seruntun/brotowali/batang wali atau nama saintifiknya Tinospora Crispa (Miers) dari keluarga Menispermaceae selalu dijumpai di pagar-pagar lama, rumah tinggal. Ia adalah pokok menjalar yang dimana kalau dipandang seperti semak belukar. 

Khasiat paling banyak boleh dijumpai pada batang Patawali. Batangnya bersifat kasar/menggerutu dan pahit. Kajian mendapati ekstrak etanol dalam batang Patawali mampu mengurangkan paras gula dalam darah pesakit kencing manis. Caranya sangat mudah, hanya merebus batang Patawali kemudian tapis dan diminum segelas sehari. 

3.Gaharu / Agarwood

DAUN GAHARU
Lazimnya, gaharu diketahui umum sangat terkenal dengan minyak wangi. Nama saintifiknya ialah Aquilaria Malaccensis dari keluarga Thymelaeaceae. Ia juga dikenali sebagai “emas hitam hutan” kerana ia adalah pokok yang sangat dikehendaki dan mahal di dunia. Gaharu mempunyai banyak manfaat dari batang hingga daun, dan paling utama adalah pati berharga dari batangnya untuk menghasilkan minyak wangi. 

Mungkin ramai tidak tahu, daun pokok gaharu boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis. Daun gaharu mengandungi acid heksadekanoat, saponin dan flavonoid, bahan aktif ini boleh membantu untuk menurunkan paras gula dalam darah. Selain itu, ekstrak dari daun gaharu juga mengandungi analgesik dan terdapat ciri-ciri anti-radang yang boleh merawat keradangan. 

Cara daun gaharu digunakan untuk masalah kencing manis dengan dua cara:

I. Keringkan daun gaharu segar (jangan dikeringkan sehingga warna hijaunya hilang), kemudian rendam ke dalam air panas 10-15minit, dan boleh diminum.

II. Rebus daun gaharu segar, dan boleh terus minum air rebusan itu.

4.Bawang putih

BAWANG PUTIH
Bawang putih atau nama saintifik ialah Allium Sativum dari keluarga Alliaceae. Bawang putih umumnya lebih dikenali sebagai rempah/perasa/pewangi untuk masakan. Antara keistimewaan lainnya, bawang putih boleh membantu untuk menurunkan kadar gula dalam darah, meningkatkan pengeluaran insulin dan juga berkesan untuk mengurangkan rintangan insulin.

Dengan pengambilan secara konsisten setiap hari, 2 hingga 3 ulas setiap hari, mampu membantu pesakit kencing manis. Caranya, bawang putih ini boleh dimakan mentah ataupun dibakar. 

5.Green Tea / Teh Hijau

GREEN TEA / TEH HIJAU

Teh hijau di hasilkan dari tumbuhan Camellia Sinensis dan lebih banyak mengandungi khasiat berbanding teh biasa. Oleh sebab cara penghasilan teh hijau berbeza, ia sangat kaya dengan anti-oksidan. 

Teh hijau mampu mengurangkan/menghalang risiko kencing manis serta mampu mengurangkan rintangan insulin. Teh hijau juga tinggi kandungan polyphenols yang mempunyai kesan anti-radang dan anti-oksidan yang kuat. Petua menggunakan teh hijau, hanya minum sehari segelas sahaja untuk masalah kencing manis. 

HATI-HATI

Tahap keserasian badan untuk menerima segala petua ini adalah berbeza mengikut individu. Pastikan anda mendapat khidmat nasihat dari doktor terlebih dahulu bagi memastikan petua kencing manis ini selamat digunakan bersama ubat-ubatan dari doktor. 

**Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee atau produk untuk kencing manis, boleh hubungi:

Cik Jeely 013-7115530
(ID 1259311)
FB: Jeelyana Andik Makah
IG: @theandik

No comments:

Post a Comment