Posts

Showing posts from October, 2017

Petua Kencing Manis dari Sumber yang Selamat

Image
Bagi pengidap kencing manis mereka bukan sahaja konsisten dengan ubat doktor malah banyak petua kencing manis dari sumber yang selamat boleh digunakan. Cik Jeely akan kongsikan petua kencing manis yang sudah lama diamalkan sejak dahulu. Anda boleh juga lihat disini untuk mengetahui tanda-tanda kencing manis peringkat awal. Petua Kencing Manis dari Sumber yang Selamat 1.Peria Katak PERIA KATAK Peria katak atau nama saintifiknya Momordica Charantia mengandungi 3 bahan aktif untuk masalah kencing manis. Antaranya ialah Charantin yang membantu untuk merendahkan paras gula dalam darah, Vicine dan juga Polypeptide-P iaitu sejenis bahan seperti insulin. Insulin ini sangat penting kerana ia bekerja dengan menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Tiada insulin- gula tidak dapat ditukar kepada tenaga- paras gula akan semakin tinggi dalam darah dan berisiko memberi kesan keatas saraf, mata, buah pinggang,dll.  Cara menggunakan peria katak sebagai petua hanya denga

Tanda-Tanda Kencing Manis Peringkat Awal

Image
Kencing  manis adalah penyakit yang melibatkan hormon Insulin dimana ianya menjadi teruk apabila pankreas seseorang pesakit telah gagal berfungsi untuk menghasilkan Insulin. Insulin ini sangat penting untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Apabila gula dalam darah tidak dapat ditukarkan kepada tenaga, ini akan menyebabkan kadar gula dalam darah semakin tinggi, dan terhasillah kencing manis. Awas! Kadang-kala, ada pesakit yang tidak perasan sebenarnya mereka sudah lama terkena penyakit kencing manis ini. Jadi, di sini Cik Jeely akan kongsikan tanda-tanda kencing manis peringkat awal yang perlu anda tahu.   TANDA-TANDA KENCING MANIS PERINGKAT AWAL 5 Tanda-Tanda Kencing Manis Peringkat Awal 1.Kerap membuang air kecil dan selalu rasa dahaga Disebabkan gula yang tinggi dalam darah, air akan ditarik masuk ke dalam aliran darah dan kemudiannya disalurkan ke pundi kencing. Ini akan menyebabkan seseorang itu kerap buang air kecil daripada biasanya. Oleh sebab keban

Khasiat Peria Katak yang Mengagumkan

Image
Peria katak adalah sejenis buah/sayuran yang paling pahit berbanding yang lain. Nama saintifik peria katak adalah Momordica Charantia yang tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae . Ramai tahu khasiat peria katak untuk penyakit kencing manis. Tetapi, disini Cik Jeely akan senaraikan beberapa khasiat peria katak yang menakjubkan, yang berkemungkinan ramai tidak tahu.  PERIA KATAK YANG BANYAK KHASIAT 7 Khasiat Peria Katak yang Menakjubkan 1.Untuk kencing manis Peria katak mengandungi bahan-bahan aktif untuk masalah kencing manis iaitu Charantin yang berfungsi merendahkan kadar glucose/gula dalam darah (memberi kesan hipoglisemik ). Ia juga mengandungi sebatian yang dipanggil Vicine , dan juga ada bahan seperti insulin dikenali sebagai Polipeptide-P . Kesemua bahan aktif di dalam peria katak ini, mereka bekerja secara individu kerana tugas setiap satu berbeza, tetapi tetap bekerjasama dalam membantu merendahkan paras glucose/gula dalam darah, dan juga dapat mengur

Resepi Peria Katak Goreng Rangup

Image
Peria katak sangat sinonim dengan rasa pahit yang sangat kuat dan ia adalah paling pahit dikalangan sayuran dan buahan lain. Petua orang dahulu, mereka selalu menggunakan peria katak ini untuk penyakit kencing manis, dipercayai rasa pahit yang kuat itu adalah penawar bagi kencing manis. Di sini, Cik Jeely sertakan resepi mudah dan sedap untuk menyediakan peria katak, tidak kira untuk pesakit kencing manis atau untuk dimakan demi kesihatan.  Resepi peria katak: Peria katak goreng tepung rangup Bahan-Bahan: 2 biji peria katak bersaiz sederhana 2 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar tepung beras 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu teh serbuk kari Garam secukup rasa 1 biji telur Cara-cara: Hiris nipis peria katak. Kemudian cuci bersih, tos dan keringkan dengan kitchen towel. Di dalam mangkuk lain, satukan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, serbuk kari dan garam, gaulkan sehingga rata. Di dalam mangkuk lain, pecahkan telur sebiji dan kacau hing

Supplement Terbaik Malaysia dengan Testimonial Sejak 100 Tahun

Image
Mempunyai kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan adalah sangat diutamakan untuk hidup yang lebih sihat dan cergas. Cuba anda fikir dan lihat diri sendiri, adakah pemakanan seharian anda mengikut diet seimbang yang disarankan? Adakah anda yakin bahawa badan anda sudah mendapat zat dan nutrisi yang cukup? Tahukah anda bahawa zat dan nutrisi di dalam makanan akan musnah disebabkan oleh haba dari cuaca dan juga haba dari proses memasak. oleh itu, mari saya kongsikan serba sedikit tentang supplement terbaik Malaysia dengan Testimonial sejak 100 tahun yang boleh membantu badan lebih sihat dan cergas.  Rangkaian Produk Supplement Terbaik Malaysia PRODUK SHAKLEE YANG BERKUALITI TINGGI Produk shaklee merangkumi kesejahteraan menyeluruh dari produk untuk  nutrisi tubuh badan sehingga ke penjagaan rumah. Shaklee memfokuskan kesihatan yang merangkumi asas tubuh (termasuk DNA, Sel, Tisu), Anti-Penuaan, Nutrient dan Imuniti. Shaklee mengandungi produk untuk: Kesihatan le