2017 - Pengedar Shaklee Johor Bahru, Pengedar Vivix Shaklee Malaysia

Tuesday, October 17, 2017

Petua Kencing Manis dari Sumber yang Selamat

12:44 PM 0
Petua Kencing Manis dari Sumber yang Selamat
Bagi pengidap kencing manis mereka bukan sahaja konsisten dengan ubat doktor malah banyak petua kencing manis dari sumber yang selamat boleh digunakan. Cik Jeely akan kongsikan petua kencing manis yang sudah lama diamalkan sejak dahulu. Anda boleh juga lihat disini untuk mengetahui tanda-tanda kencing manis peringkat awal.


Petua Kencing Manis dari Sumber yang Selamat

1.Peria Katak

PERIA KATAK
Peria katak atau nama saintifiknya Momordica Charantia mengandungi 3 bahan aktif untuk masalah kencing manis. Antaranya ialah Charantin yang membantu untuk merendahkan paras gula dalam darah, Vicine dan juga Polypeptide-P iaitu sejenis bahan seperti insulin. Insulin ini sangat penting kerana ia bekerja dengan menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Tiada insulin- gula tidak dapat ditukar kepada tenaga- paras gula akan semakin tinggi dalam darah dan berisiko memberi kesan keatas saraf, mata, buah pinggang,dll. 

Cara menggunakan peria katak sebagai petua hanya dengan meminun jus peria katak yang diekstrak segar, pada setiap pagi semasa perut kosong. Ini akan memberi kesan penyerapan lebih optimum. Boleh baca khasiat peria katak yang lain disini.

2.Patawali / Akar Seruntun

PATAWALI / AKAR SERUNTUN
Patawali/Akar Seruntun/brotowali/batang wali atau nama saintifiknya Tinospora Crispa (Miers) dari keluarga Menispermaceae selalu dijumpai di pagar-pagar lama, rumah tinggal. Ia adalah pokok menjalar yang dimana kalau dipandang seperti semak belukar. 

Khasiat paling banyak boleh dijumpai pada batang Patawali. Batangnya bersifat kasar/menggerutu dan pahit. Kajian mendapati ekstrak etanol dalam batang Patawali mampu mengurangkan paras gula dalam darah pesakit kencing manis. Caranya sangat mudah, hanya merebus batang Patawali kemudian tapis dan diminum segelas sehari. 

3.Gaharu / Agarwood

DAUN GAHARU
Lazimnya, gaharu diketahui umum sangat terkenal dengan minyak wangi. Nama saintifiknya ialah Aquilaria Malaccensis dari keluarga Thymelaeaceae. Ia juga dikenali sebagai “emas hitam hutan” kerana ia adalah pokok yang sangat dikehendaki dan mahal di dunia. Gaharu mempunyai banyak manfaat dari batang hingga daun, dan paling utama adalah pati berharga dari batangnya untuk menghasilkan minyak wangi. 

Mungkin ramai tidak tahu, daun pokok gaharu boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis. Daun gaharu mengandungi acid heksadekanoat, saponin dan flavonoid, bahan aktif ini boleh membantu untuk menurunkan paras gula dalam darah. Selain itu, ekstrak dari daun gaharu juga mengandungi analgesik dan terdapat ciri-ciri anti-radang yang boleh merawat keradangan. 

Cara daun gaharu digunakan untuk masalah kencing manis dengan dua cara:

I. Keringkan daun gaharu segar (jangan dikeringkan sehingga warna hijaunya hilang), kemudian rendam ke dalam air panas 10-15minit, dan boleh diminum.

II. Rebus daun gaharu segar, dan boleh terus minum air rebusan itu.

4.Bawang putih

BAWANG PUTIH
Bawang putih atau nama saintifik ialah Allium Sativum dari keluarga Alliaceae. Bawang putih umumnya lebih dikenali sebagai rempah/perasa/pewangi untuk masakan. Antara keistimewaan lainnya, bawang putih boleh membantu untuk menurunkan kadar gula dalam darah, meningkatkan pengeluaran insulin dan juga berkesan untuk mengurangkan rintangan insulin.

Dengan pengambilan secara konsisten setiap hari, 2 hingga 3 ulas setiap hari, mampu membantu pesakit kencing manis. Caranya, bawang putih ini boleh dimakan mentah ataupun dibakar. 

5.Green Tea / Teh Hijau

GREEN TEA / TEH HIJAU

Teh hijau di hasilkan dari tumbuhan Camellia Sinensis dan lebih banyak mengandungi khasiat berbanding teh biasa. Oleh sebab cara penghasilan teh hijau berbeza, ia sangat kaya dengan anti-oksidan. 

Teh hijau mampu mengurangkan/menghalang risiko kencing manis serta mampu mengurangkan rintangan insulin. Teh hijau juga tinggi kandungan polyphenols yang mempunyai kesan anti-radang dan anti-oksidan yang kuat. Petua menggunakan teh hijau, hanya minum sehari segelas sahaja untuk masalah kencing manis. 

HATI-HATI

Tahap keserasian badan untuk menerima segala petua ini adalah berbeza mengikut individu. Pastikan anda mendapat khidmat nasihat dari doktor terlebih dahulu bagi memastikan petua kencing manis ini selamat digunakan bersama ubat-ubatan dari doktor. 

**Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee atau produk untuk kencing manis, boleh hubungi:

Cik Jeely 013-7115530
(ID 1259311)
FB: Jeelyana Andik Makah
IG: @theandik

Saturday, October 14, 2017

Tanda-Tanda Kencing Manis Peringkat Awal

8:11 PM 0
Tanda-Tanda Kencing Manis Peringkat Awal
Kencing  manis adalah penyakit yang melibatkan hormon Insulin dimana ianya menjadi teruk apabila pankreas seseorang pesakit telah gagal berfungsi untuk menghasilkan Insulin. Insulin ini sangat penting untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Apabila gula dalam darah tidak dapat ditukarkan kepada tenaga, ini akan menyebabkan kadar gula dalam darah semakin tinggi, dan terhasillah kencing manis. Awas! Kadang-kala, ada pesakit yang tidak perasan sebenarnya mereka sudah lama terkena penyakit kencing manis ini. Jadi, di sini Cik Jeely akan kongsikan tanda-tanda kencing manis peringkat awal yang perlu anda tahu. 

TANDA-TANDA KENCING MANIS PERINGKAT AWAL


5 Tanda-Tanda Kencing Manis Peringkat Awal

1.Kerap membuang air kecil dan selalu rasa dahaga

Disebabkan gula yang tinggi dalam darah, air akan ditarik masuk ke dalam aliran darah dan kemudiannya disalurkan ke pundi kencing. Ini akan menyebabkan seseorang itu kerap buang air kecil daripada biasanya. Oleh sebab kebanyakan air telah disalurkan menjadi air kencing, ini akan menyebabkan seseorang itu juga sentiasa berasa dahaga. 

2.Badan cepat letih dan kehilangan berat secara drastik

Secara saintifiknya, insulin diperlukan untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Tetapi, akibat kegagalan pankreas untuk menghasilkan insulin, gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga dan menyebabkan badan cepat terasa letih kerana kekurangan tenaga untuk menampung aktiviti seharian.

Selain itu, akibat gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga juga menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak kepada tenaga. Kesan dari ini seseorang itu akan kehilangan berat badan yang drastik walaupun dia mengambil makan seharian seperti biasa.  

3.Penglihatan mata semakin kabur

Kesan daripada paras gula yang tinggi dalam darah, ia boleh merosakkan saluran-saluran darah kecil yang menyebabkan kerosakan pada mata (akan menjadi semakin kabur), kerosakan pada buah pinggang dan juga pada saraf. Jika masalah ini dibiarkan begitu lama tanpa sebarang rawatan, berkemungkinan seseorang itu mungkin akan buta. 

4.Sering kebas tangan dan kaki 

Antara tanda-tanda kencing manis peringkat awal yang lain ialah, seseorang itu akan sering berasa kebas pada tangan dan kaki, kesemutan atau bengkak. Ini kerana sistem saraf atau pembuluh darah telah mengalami kerosakan dan menyebabkan darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan. 

5.Luka lambat untuk sembuh

Paras gula yang tinggi dalam darah juga boleh menjejaskan keupayaan penyembuhan badan, sistem imun dan proses untuk membantu tubuh sembuh tidak dapat berfungsi dengan baik jika paras gula tinggi. 

Ini akan menyebabkan jika seseorang tu mengalami luka, proses untuk luka itu sembuh akan menjadi perlahan berbanding biasa. Jika dibiarkan boleh menyebabkan luka itu merebak lebih teruk dan membahayakan. 

Kesimpulan

Setiap orang perlulah memerhatikan perubahan luar dari kebiasaannya pada tubuh badan mereka. Jika ada tanda-tanda kencing manis peringkat awal ini pada diri, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapat khidmat nasihat dan rawatan. Supaya penyakit kencing manis ini dapat disembuhkan selagi belum terlambat.  

** Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee untuk kencing manis atau apa sahaja, sila hubungi:   

Cik Jeely 013-7115530
(ID 1259311)
FB: Jeelyana Andik Makah
IG: theandik 


Thursday, October 12, 2017

Khasiat Peria Katak yang Mengagumkan

6:26 AM 0
Khasiat Peria Katak yang Mengagumkan
Peria katak adalah sejenis buah/sayuran yang paling pahit berbanding yang lain. Nama saintifik peria katak adalah Momordica Charantia yang tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae. Ramai tahu khasiat peria katak untuk penyakit kencing manis. Tetapi, disini Cik Jeely akan senaraikan beberapa khasiat peria katak yang menakjubkan, yang berkemungkinan ramai tidak tahu. 

PERIA KATAK YANG BANYAK KHASIAT


7 Khasiat Peria Katak yang Menakjubkan

1.Untuk kencing manis

Peria katak mengandungi bahan-bahan aktif untuk masalah kencing manis iaitu Charantin yang berfungsi merendahkan kadar glucose/gula dalam darah (memberi kesan hipoglisemik). Ia juga mengandungi sebatian yang dipanggil Vicine, dan juga ada bahan seperti insulin dikenali sebagai Polipeptide-P.

Kesemua bahan aktif di dalam peria katak ini, mereka bekerja secara individu kerana tugas setiap satu berbeza, tetapi tetap bekerjasama dalam membantu merendahkan paras glucose/gula dalam darah, dan juga dapat mengurangkan rintangan insulin (insulin resistance). 

2.Untuk menurunkan berat badan

Peria katak mengandungi kalori yang sangat rendah, disamping mempunyai fibre/serat yang sangat tinggi. Malah, peria katak juga mengandungi pelbagai nutrient lain seperti vitamin B1, B2, B3, C, Magnesium, Folat, Zink, Fosforus dan Manganese. Jadi, ianya sangat sesuai bagi mereka yang mengamalkan diet sihat untuk kekal langsing. 

3.Untuk tenaga

Dengan mengamalkan jus peria katak setiap hari, ia boleh membekalkan tenaga dan stamina, juga boleh mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu. 

4.Untuk kesihatan mata

Peria katak mengandungi dua kali ganda beta karotene berbanding brokoli, disebabkan beta karotene dalam peria katak tinggi, ia boleh membantu masalah penglihatan mata.

5.Untuk imuniti badan

Mengamalkan peria katak setiap hari boleh meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan dengan mengurangkan jangkitan bakteria dan virus.

6.Untuk masalah kulit

Mengamalkan diet yang mengandungi peria katak mampu mengurangkan psoriasis, ekzema dan juga penyakit fungus yang lain seperti kurap, dll. Ini kerana peria katak mengandungi vitamin C yang baik untuk kulit dan kesihatan badan.

7.Untuk anti-oxidant

Peria katak mengandungi high anti-oxidant yang membantu badan untuk menghindar dari kanser, juga membantu dalam proses rawatan kanser pankreas dengan mengawal kadar glucose/gula dan membunuh sel kanser. 

Selain itu, high anti-oxidant ini juga mampu menghindarkan dari pesakit kencing manis dari mengalami buta, strok, kaki kebas, serangan jantung, sakit buah pinggang.

Tahukah anda!

Peria katak hidup di kawasan tropika dan subtropika iaitu di Amerika Selatan, Asia, bahagian-bahagian Afrika dan Caribbean. Saiz, tekstur, kepahitan adalah berbeza mengikut di mana negara ia tumbuh. 

HATI-HATI

❗️Pengambilan peria katak (khususnya untuk masalah kencing manis) haruslah berunding dulu dengan doktor untuk memastikan kadar pengambilan yang selamat dan juga ia selamat digunakan bersama ubat kencing manis.

❗️Ibu hamil tidak digalakkan mengambil terlalu banyak peria katak atau jus peria katak kerana ia boleh merangsang rahim menyebabkan kelahiran pramatang. 

**Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee sila hubungi:
Cik Jeely 013-7115530
(ID 1259311)
FB: Jeelyana Andik Makah
IG: theandik 












Tuesday, October 10, 2017

Resepi Peria Katak Goreng Rangup

1:27 PM 0
Resepi Peria Katak Goreng Rangup
Peria katak sangat sinonim dengan rasa pahit yang sangat kuat dan ia adalah paling pahit dikalangan sayuran dan buahan lain. Petua orang dahulu, mereka selalu menggunakan peria katak ini untuk penyakit kencing manis, dipercayai rasa pahit yang kuat itu adalah penawar bagi kencing manis. Di sini, Cik Jeely sertakan resepi mudah dan sedap untuk menyediakan peria katak, tidak kira untuk pesakit kencing manis atau untuk dimakan demi kesihatan. 

Resepi peria katak:

Peria katak goreng tepung rangup

Bahan-Bahan:

2 biji peria katak bersaiz sederhana
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh serbuk kari
Garam secukup rasa
1 biji telur

Cara-cara:

  1. Hiris nipis peria katak. Kemudian cuci bersih, tos dan keringkan dengan kitchen towel.
  2. Di dalam mangkuk lain, satukan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, serbuk kari dan garam, gaulkan sehingga rata.
  3. Di dalam mangkuk lain, pecahkan telur sebiji dan kacau hingga rata.
  4. Ambil peria yang sudah dikeringkan, golekkan ke dalam tepung, kemudian celup ke dalam telur, dan akhir sekali ke dalam tepung semula. Ini untuk mendapatkan rasa yang rangup.
  5. Setelah minyak panas, gorengkan peria yang sudah disalut tadi. Masak sehingga kekuningan. Siap! 
  6. Selamat menjamu selera! Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.

credit Google


Ulam Peria Katak

Selain sedap digoreng rangup, peria katak juga sedap dibuat ulam. Salah satu ulam kegemaran Cik Jeely. Disebabkan di rumah Cik Jeely ada menanamnya, jadi mudah kerana boleh petik-potong-makan terus. Peria katak yang baru dipetik rasanya manis manis sedikit, tapi pahitnya tetap ada. Cubalah! 

#ingatjeelyingatshaklee
#superstarzfamily

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, boleh hubungi;
Cik Jeely 013-7115530
(ID 1259311)
FB: Jeelyana Andik Makah
IG: theandik



Sunday, October 8, 2017

Supplement Terbaik Malaysia dengan Testimonial Sejak 100 Tahun

6:18 AM 0
Supplement Terbaik Malaysia dengan Testimonial Sejak 100 Tahun
Mempunyai kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan adalah sangat diutamakan untuk hidup yang lebih sihat dan cergas. Cuba anda fikir dan lihat diri sendiri, adakah pemakanan seharian anda mengikut diet seimbang yang disarankan? Adakah anda yakin bahawa badan anda sudah mendapat zat dan nutrisi yang cukup? Tahukah anda bahawa zat dan nutrisi di dalam makanan akan musnah disebabkan oleh haba dari cuaca dan juga haba dari proses memasak. oleh itu, mari saya kongsikan serba sedikit tentang supplement terbaik Malaysia dengan Testimonial sejak 100 tahun yang boleh membantu badan lebih sihat dan cergas. 


Rangkaian Produk Supplement Terbaik Malaysia

PRODUK SHAKLEE YANG BERKUALITI TINGGI
Produk shaklee merangkumi kesejahteraan menyeluruh dari produk untuk  nutrisi tubuh badan sehingga ke penjagaan rumah. Shaklee memfokuskan kesihatan yang merangkumi asas tubuh (termasuk DNA, Sel, Tisu), Anti-Penuaan, Nutrient dan Imuniti. Shaklee mengandungi produk untuk:
  • Kesihatan lelaki dan perempuan
  • Kesihatan warga emas
  • Anti oksidan
  • Kawal gula
  • Kesihatan peredaran darah
  • Kesihatan penghadaman
  • Kesihatan sendi dan tulang
  • Sokongan imunisasi
  • Anggun menawan
  • Tenaga
  • Pengurusan berat badan


100 Tahun Mencipta Inovasi

PRODUK SHAKLEE DENGAN TESTIMONIAL 100 TAHUN

Selama lebih 100 tahun, Shaklee sentiasa mendahului masa mencipta inovasi melalui sains dan menggunakan alam semula jadi sebagai penemuan unggul yang kini menjadi  sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Vitalea atau Vitalized Minerals adalah gabungan mineral-mineral penting yang pertama dicipta di dunia oleh Dr.Forrest C.Shaklee yang mengandungi 30 Nutrisi Harian Lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan. 

Pada awalnya, Dr.Forrest C.Shaklee tidak menubuhkan syarikat Shaklee dan hanya mencipta dan memasarkan Vitalea (pada tahun 1915) untuk keperluan kesihatan tubuh badan manusia. Namun, setelah 40 tahun Vitalea diperkenalkan, selama itu juga tiada sesiapa yang mati, cacat, lumpuh, sakit, malah pengguna yang mengamalkan Vitalea semakin sihat. Barulah Dr.Forrest C.Shaklee menubuhkan syarikat Shaklee pada tahun 1956.


The Shaklee Difference. Why Shaklee?

THE SHAKLEE DIFFERENCE

Always Safe/Sentiasa Selamat
  • Setiap tahun sebanyak USD300 juta (RM1 Billion) dilaburkan untuk ujian klinikal dan R&D.
  • Lebih 100,000 ujian kualiti tahunan.
  • Sehingga 350 ujian saringan bahan berbahaya dibuat bagi setiap bahan baru.
  • Label dan botol juga diuji secara klinikal untuk memastikan ianya selamat kepada bayi sehingga ke orang dewasa.
Always Works/Sentiasa Berkesan
  • Lebih 65 saintis menjalankan R&D ke atas pelbagai bahan dan produk.
  • Disokong oleh kajian klinikal dan saintifik yang terdapat dalam lebih 100 terbitan jurnal saintifik.
  • Satu kajian unggul (Landmark Study) telah dijalankan untuk membuktikan bahawa produk Shaklee adalah sangat berkualiti tinggi, terbaik, berkesan, selamat.
  • hasil daripada Landmark Study Shaklee menunjukkan, mereka yang mengambil supplement Shaklee dalam jangkamasa lama mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil vitamin jenama lain atau langsung tidak mengambil sebarang vitamin.

HASIL DARI LANDMARK STUDY SHAKLEE


Always Green/Sentiasa Mesra Alam
  • Produk terbaik yang selamat untuk anda, rumah anda, bumi anda kerana bahan dan proses yang digunakan adalah semula jadi, organik, dan 'all natural way'.
  • Peneraju dalam Gerakan Alam Sekitar adalah teras kepada bisnes Shaklee.

"Patuhi hukum alam semula jadi dan anda tidak akan tersilap langkah"
-Dr.Forrest C.shaklee


Sebarang maklumat mengenai produk shaklee, sila hubungi:
013-7115530 Cik Jeely
FB: Jeelyana Andik Makah
IG: theandik

#ingatjeelyingatshaklee
#superstarzfamily
#BYOR




Wednesday, August 23, 2017

Cara Detox Badan, Hati, Usus Dengan DTX Complex Shaklee

1:35 PM 3
Cara Detox Badan, Hati, Usus Dengan DTX Complex Shaklee
Lihat sekeliling kita, banyak bahan yang boleh menyumbang kepada toxin ke dalam badan, contoh seperti perfumes, kosmetik, syampu dan banyak lagi. Tidak kurang juga dengan makanan, fast food, process food, makanan ringan, alkohol dan bermacam lagi, semua ini juga menyumbang kepada toxin dalam badan. Atas dasar prihatin demi memastikan kehidupan yang sihat, Shaklee telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan DTX Complex Shaklee untuk membantu badan kita menjalankan proses Detox dengan lebih berkesan.

DTX COMPLEX SHAKLEE








(Detox: membuang segala toxin, racun, heavy metal, dll dari tubuh badan)


Kenapa DTX Complex Shaklee dihasilkan

Badan manusia sebenarnya sudah tersedia dengan mekanisma sistem detox semulajadi yang sangat bagus yang ditunjangi oleh LIVER/HATI. Tapi, disebabkan pada hari ini terlampau banyak racun/toxin yang masuk ke dalam badan, LIVER terpaksa bekerja keras untuk Detox segala toxin ini. Dan ini telah menjadi bebanan kepada LIVER itu kerana, fungsi LIVER bukan setakat untuk DETOX, tetapi banyak lagi fungsi LIVER yang lain contohnya menghasilkan enzyme, menukarkan gula kepada lemak, merembeskan bilepigmen untuk hancurkan lemak, dll.


Oleh sebab fungsi LIVER sangat penting, tambahan pula tekanan dan gangguan (toxin, racun, alkohol) dalam kehidupan di zaman moden sangat banyak, sebab itu Shaklee  telah mengumpulkan herba-herba yang sangat berpotensi untuk menyihatkan hati dan membantu hati untuk menjalankan kerja dengan bagus dan berkesan, maka terhasillah DTX Complex Shaklee.


Herba-herba Yang Terkandung Dalam DTX Complex Shaklee

HERBA YANG  TERKANDUNG DALAM DTX COMPLEX SHAKLEE

1. Milk thistle- Silymarin

Mengandungi 80% Silymarin-kaya dengan bahan anti-oksida. Silymarin berfungsi untuk menjaga dan membaiki liver. Bagus untuk merawat masalah Liver seperti Hepatisis dan Sirosis. Membantu mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alcohol. Juga sangat membantu sesiapa yang mengalami masalah kulit seperti Psoriasis dan Eczema.


2. Artichoke

Membantu dalam penghasilan semula sel-sel hati. Ia juga berfungsi untuk melancarkan pergerakan cecair hempedu/bile pigment (cecair hempedu perlu dirembes kepada lemak supaya ia(lemak) menjadi bentuk yang halus yang mudah dicerna oleh badan).


3. Tumeric- Curcumin

Mengandungi Curcumin: bahan anti-oksida. Curcumin juga adalah bahan aktif yang sangat bagus untuk anti-infalmmation, anti-bacterial dan juga anti-virus. Fungsi utama Curcumin dalam DTX Complex Shaklee adalah untuk melawan jangkitan kuman pada Liver, mengurangkan kesan keradangan dan bengkak pada Liver.


4. Ling Zhi- Reishi Mushroom

Hanya Reishi Mushroom yang tua sahaja dipilih. Berfungsi  dengan membina imuniti badan untuk melawan cell cancer, mengurangkan masalah Bronchitis dan Sinusitis, merawat sindrom keletihan yang kronik, dan membantu mencegah penyakit jantung. 


5. Dandelion

Membantu fungsi hati, melawan hepatitis, membantu penghadaman (melawaskan), membantu merawat endometriosis, meningkatkan keupayaan badan menyerap iron dengan baik (melawan anemia). Ia juga boleh melawan tumor dan kanser. Berfungsi untuk merendahkan paras gula dalam darah dimana pesakit Diabteic sangat bagus mengamalkan DTX Complex Shaklee ini. Selain itu, baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air.


6. Schizandra

Bahan penting dalam Schizandra adalah Lignans- berfungsi sebagai anti-inflammation dan juga anti-oksida(anti-oksida sangat penting untuk proses detox). Schizandra sangat penting bagi membantu Liver untuk hasilkan protin yang diperlukan untuk membina sel-sel baru. Selain itu, ia juga mengelakkan toxin dari melekat di membrane cell pada Liver.


Kenapa DTX Complex shaklee Best?


Bahan utama dalam DTX Complex Shaklee adalah Milk Thistle- Silymarin (80% dalam 1 tablet). Milk Thistle telah terbukti sejak berkurun lama dengan kehebatannya membantu Liver untuk sihat dengan menyingkirkan racun dan toxin dari Liver. Tetapi di dalam DTX Complex Shaklee bukan hanya sekadar ada Milk Thistle, tapi ada gabungan herba-herba lain yang berfungsi untuk menambahkan lagi fungsi kekuatan dan kebaikan Milk Thistle itu.


**Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh hubungi saya, dari team #superstarzfamily #buildbyme team yang berpengalaman 20tahun dalam Shaklee dan mempunyai product knowledge tentang Shaklee atas bimbingan doktor yang berpengalaman.

Sila hubungi;
013-7115530 (Jeelyana)
FB: Jeelyana Andik Makah
IG: theandik

#ingatjeelyingatshaklee





Friday, August 18, 2017

Pengedar Shaklee Johor Bahru : Jeely (013-7115530)

8:16 AM 0
Pengedar Shaklee Johor Bahru : Jeely (013-7115530)
Masih mencari-cari dimana nak dapatkan produk Shaklee? Macam mana dan dengan siapa nak dapatkan produk Shaklee? Jangan risau, saya Pengedar Shaklee Johor Bahru : Jeely (013-7115530) , sedia membantu anda semua. Saya menyediakan khidmat COD ke kawasan Skudai, Taman Universiti, Bukit Indah, Pekan Nenas, Pontian, Benut dan Kukup. (Jika ada permintaan COD ke area Johor yang lain, masih boleh dibincangkan dan dipertimbangkan). Walaupun saya Pengedar Shaklee Johor Bahru, namun saya boleh mengedar ke SELURUH MALAYSIA, dengan menawarkan "everyday posting". 
PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU (JEELY 0137115530)






KELEBIHAN MEMBELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA

1. Saya pengguna tegar Shaklee selama 5 tahun dan masih consume sehingga kini

2. Bersama dengan team #superstarzfamily #buildbyme yang sangat berpengalaman luas tentang produk dan bisnes Shaklee selama 20 tahun


3. Mempunyai "product knowledge" tentang  produk Shaklee atas bimbingan doktor yang berpengalaman

4. Mendapat consultation eksklusif dari saya kerana team #superstarzfamily mempunyai upline yang ada Sijil Nutritionist (pakar nutrisi yang diiktiraf oleh Shaklee). Jadi segala consultation cara makan dan produk sentiasa di rujuk kepada pakar nutrisi terlebih dahulu.

5. Dapat stok produk Shaklee yang fresh dari HQ Shaklee



KELEBIHAN MENDAFTAR AHLI DENGAN SAYA DAN TEAM #SUPERSTARZFAMILY


MANFAAT DAFTAR AHLI SHAKLEE


Sila hubungi;
013-7115530 (Jeelyana)
FB: Jeelyana Andik Makah
IG: theandik
#ingatjeelyingatshaklee

Wednesday, August 16, 2017

SHAKLEE COLLAGEN POWDER: Bukan Sekadar untuk Cantik

8:58 PM 8
SHAKLEE COLLAGEN POWDER: Bukan Sekadar untuk Cantik
Pernah dengar orang dulu-dulu makan collagen? Tak pernah kan? Agaknya masa tu pun Shaklee belum kenalkan Shaklee Collagen Powder dia. Kenapa kita sekarang ni macam-macam brand collagen dah ada dekat market? Tinggal nak pilih mana yang bagus, trusted and safe je. Tapi kita tau ke macam mana nak pilih? Kalau setakat tengok iklan memang semua cakap produk collagen dia bagus. Sampai kita pun terjebak dengan iklan tu.

SHAKLEE COLLAGEN POWDER


Previous entry ada cerita pasal sumber collagen dari ayam, lembu, ikan dan oink-oink. Klik sini untuk refer.

Orang dulu-dulu tak payah makan collagen sebab diorang senang dapat collagen dari ayam dan lembu. Tengok orang dulu-dulu sihat walafiat, cantik! 


"Eh kita sekarang pun banyak makan ayam dengan lembu" 

Iye, memang. Tapi ayam dengan lembu zaman sekarang sama ke macam zaman dulu? 

Tengok macam ayam selalu korang beli tu, tau tak semua nya dah di GMO kan (Genetically Modified Organism), dah di inject biar cepat besar. Collagen dalam ayam tu tak sempat nak fully produce pun dah kena sembelih. Jadi, mana lah kita nak dapat collagen dari ayam tu lagi dah. 

"Dah tu, macam mana nak dapat collagen yang senang, bagus, trusted and safe?"

Pertama, korang carilah collagen yang berasaskan ikan. Sebab dah terbukti takde issue, confirm 100% halal.

Kedua, make sure collagen tu senang diserap dalam badan. Sebabnya, kalau collagen tu tak diserap sepenuhnya oleh badan, ia boleh menyebabkan fibroid terhasil! 


Ketiga, carilah collagen yang ada Vitamin B dan Vitamin C sekali, so bila makan kulit extra glowing and flawless! 

"Ala macam mana nak cari?"

Korang tanyalah akak penjual collagen tu, tanya semua benda ni, tengok dia boleh jawab tak.


Hahahahaha

Tapi kalau korang tanya Cik Jeely, nah ini jawapannya

Shaklee menghasilakan Shaklee Collagen Powder dari sumber SISIK IKAN MERAH LAUT DALAM. Dan ini adalah sumber collagen yang paling bagus sekali! Susah nak dapat mestilah bagus! 

Shaklee Collagen Powder juga mempunyai molekul yang paling ringan antara collagen lain yang ada dekat pasaran. Molekul ringan dan halus ni yang boleh buat ianya senang diserap oleh badan. Ditambah pula dengan sejenis pribiotik (Lactobacillus acidophilus) yang duduknya dalam perut untuk membantu penyerapan collagen lebih optimum. So, seawal 3 hari dah boleh nampak effect dekat kulit kita. Wow! Best kan! 

TAPI! Hati-hati, collagen dekat pasaran tu kebanyakannya mempunya molekul yg besar! Jadi ianya susah nak diserap oleh badan dan boleh mengakibatkan fibroid! 

Dalam Shaklee Collagen Powder juga ada ditambah Vitamin C dan Vitamin B, dimana vitamin C berfungsi untuk menguatkan dan merangsang pembentukan collagen disamping mencerahkan kulit. Vitamin B pula boleh membuatkan kulit berseri-seri.

Jadi sesiapa yang makan Shaklee Collagen Powder confirm kulit ya ampuuun cantik sangat!


Oh! Info penting, sebenarnya Shaklee Collagen Powder bukan sekadar untuk mencantikkan kulit, fungsi utama adalah untuk membantu mereka yang selalu sakit lutut, sakit sendi. Semua tahu kan dekat lutut, sendi-sendi sebenarnya ada collagen. Semakin tua usia, semakin kurang collagen. Itu yang kadang-kadang bila bangun ke rukuk ke sujud ke tulang boleh berbunyi kriukkkkkk kriukkkk.

So apa lagi, jom lah ber-collagen dengan Shaklee. Sihat dapat cantik pun dapat!

Nak bagi mak ayah yang selalu sakit lutut, sakit sendi tu, memanglah korang ni seorang anak yang solehhhhhh! Sejuk perut mak mengandung kan dulu.


So, korang semua belajar sesuatu kan...



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh hubungi saya, dari team #superstarzfamily #buildbyme team yang berpengalaman 20tahun dalam Shaklee dan mempunyai product knowledge tentang Shaklee atas bimbingan doktor yang berpengalaman.

Sila hubungi;
013-7115530 (Jeelyana)
FB: Jeelyana Andik Makah
IG: theandik

#ingatjeelyingatshaklee


Bahaya Collagen di luar Sana Yang Anda Tidak Tahu

7:17 PM 0
Bahaya Collagen di luar Sana Yang Anda Tidak Tahu
Siapa pernah makan collagen untuk cantikkan kulit?

Okay kita geng! 

Dulu berkotak-kotak dah collagen habis ditelan. Eh dah macam-macam brand cuba. Pantang nampak iklan, mesti terkesan.

Tapi! Dulu masa beli tak pernah terfikir pun collagen ni dari sumber apa? Halal ke tidak? Ada side effect ke tidak? Kalau makan collagen ni badan boleh serap sepenuhnya ke? Kalau tak serap, penyakit lain pulak dapat nanti. Serious penyakit ni sangat bahaya!

Memang tak pernah terfikir pun yang mungkin collagen ni boleh jadi tak halal dan tak selamat.

Zaman sekarang ni, semua dah senang. Duit ada semua jadi. Orang lain buat bisnes collagen, orang tu pun nak buat. Hantar kilang produce product brand sendiri 
"ehh tolong producekan aku collagen untuk cantik, letak brand name aku sendiri" 
Okay beressss. Ada yang sampai takde sijil Halal pun boleh keluar dekat market.

Korang tau tak, collagen sumber utama dari ayam, lembu, ikan , dan oink oink. Kalau ikan memang tak ada issue halal, confirm halal. Tapi, yang oink oink tu memang terang-terang tak halal. Tapi ayam dengan lembu boleh jadi halal dan juga mungkin boleh jadi tak halal.


Kenapa? Tengok dia sembelih betul ke tidak? Kita pun taktau kan.
So, kalau korang nak beli collagen tanya dulu dekat yang menjual tu,
"kak, collagen ni dari sumber apa? Kalau ayam dengan lembu tu disembelih ikut cara orang Islam tak? Collagen ni dapat diserap sepenuhnya dalam badan ke?" 
Itu pun kalau akak penjual tu boleh jawab, kalau tak? Hmm korang pikir lah sendiri.


"Ala! Jadi nak makan collagen apa sekarang ni?"

Tak apa jangan risau, tunggu next entry.
Kita jawab semua persoalan tu nanti okay.
Semuanya pasti beresssss.

#ingatjeelyingatshaklee
#buildbyme
#superstarzfamily