Pengedar Shaklee Johor Bahru, Pengedar Vivix Shaklee Malaysia

Thursday, January 11, 2018

Pengedar Shaklee Johor Bahru, Pontian & Stokis Shaklee Johor Bahru, Pontian

9:59 PM 0
Pengedar Shaklee Johor Bahru, Pontian & Stokis Shaklee Johor Bahru, Pontian
Masih mencari Pengedar Shaklee Johor Bahru, Pontian & Stokis Shaklee Johor Bahru, Pontian? Tidak perlu risau kerana saya sedia membantu anda, kerana saya adalah Pengedar Shaklee Johor Bahru, Pontian & Stokis Shaklee Johor Bahru, Pontian


PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU, PONTIAN
Saya juga menawarkan perkhidmatan COD ke kawasan Benut, Pontian, Pekan Nenas, Skudai, Bukit Indah dan sekitar bandar Johor Bahru. Bagi mereka yang berada di luar Johor Bahru, saya juga membuat perkhidmatan penghantaran Pos Laju ke seluruh Malaysia dan juga Singapore.

Selain itu, saya juga adalah agen Shaklee Johor Bahru, Pontian yang sah berdaftar dan terlatih. Saya akan memberikan cara makan yang terbaik dengan setiap pembelian produk Shaklee dari saya. 


Exclusive Consultation dari saya kerana saya bersama dengan team SuperstarzFamily yang berpengalaman selama 21 tahun dalam shaklee, malah setiap cara makan mendapat bimbingan dan nasihat dari pakar nutrisi dan doktor (kerana kami mempunyai kelas kesihatan setiap bulan).


Hubungi:


PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU, PONTIAN

Call Segera Jeely 013-7115530 (klik nombor untuk call)
atau
Whatsapp segera Jeely 013-7115530 (klik nombor untuk whatsapp)

==============================
9 KELEBIHAN/MANFAAT DAFTAR AHLI SHAKLEE DENGAN SAYA, JEELYANA, PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU, PONTIAN
==============================

1. Dapat konsultasi dari nutritionist

Jika anda mendaftar untuk menjadi ahli Shaklee dengan saya, saya akan memberi  cara makan dan cara pengambilan supplement Shaklee seperti yang disarankan oleh nutritionist Shaklee sendiri. Bahkan, anda boleh tanya bermacam soalan bukan hanya satu soalan, malah beribu-ribu soalan kepada nutritionist Shaklee sendiri. 

2.Jimat pembelian 20-30% setiap barang

Dengan mendaftar ahli, anda akan dapat membeli produk Shaklee dengan harga sangat murah, diskaun sehingga 20-30%. Sangat jimat dan berbaloi jika anda daftar menjadi ahli Shaklee dengan saya. Jadilah pengguna bijak dengan mendapatkan harga murah, bukan berbelanja lebih.

3.Dapat cash rebate (duit) sehingga 21%

Untungnya bagi yang mendaftar ahli Shaklee dengan saya, setiap pembelian produk Shaklee anda juga akan dapat point (UV). UV ini akan di convert menjadi CASH rebate (duit) dan terus masuk ke akaun bank anda. Sambil membeli, sambil dapat duit. Best kan!

4.Boleh beli sendiri secara online tanpa guna agen

Bagi yang ingin merasa membeli Shaklee sendiri, anda boleh terus masuk ke website Shaklee. Di situ ada bermacam jenis set-set & produk dan juga suggestion & solution setiap masalah penyakit. Anda boleh terus klik untuk membeli, dan Shaklee akan terus proses pembelian anda. Tapi dengan syarat, anda harus mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan saya, Pengedar Shaklee Johor Bahru, Pontian dahulu ye.

5.Dapat stok terkini (bukan expired date)

Untuk mereka yang daftar sebagai ahli Shaklee, jika anda membeli sendiri atau melalui agen (saya), anda tidak perlu risau kerana semua stok Shaklee di HQ dan Branch adalah fresh stock dan bukan expired stock.

6.Dapat Exclusive Consultation

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU, PONTIAN
Apa yang best nya join Shaklee dan membeli dengan saya, Pengedar Shaklee Johor Bahru, Pontian anda akan dapat Exclusive Consultation dari saya kerana saya dibimbing oleh team SuperstarzFamily yang berpengalaman 21 tahun consume Shaklee. Malah, kami semua juga dibimbing oleh pakar nutrisi dan doctor.

7.VIP Access ke Customer Service Shaklee

Apa juga soalan dan pertanya anda akan di layan dengan status VIP. Jadi, anda tak perlu ragu jika berlaku permasalahan. Inilah keistimewaan menjadi ahli shaklee dengan kami

8.Dapat maklumat dari Shaklee untuk Promosi & Free Gift

Setiap bulan Shaklee akan war-warkan segala Promosi & Free Gift yang berlangsung, specialnya anda akan dapat maklumat ini terus dari Shaklee sendiri.

9.Jemputan Exclusive Shaklee untuk pemeriksaan kesihatan

Shaklee sangat menjaga setiap ahli yang berdaftar. Oleh itu anda akan mendapat layanan istimewa untuk memeriksa tahap kesihatan anda di HQ Shaklee.

Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU, PONTIAN
Call Segera Jeely 013-7115530 (klik nombor untuk call)
atau
Whatsapp segera Jeely 013-7115530 (klik nombor untuk whatsapp)


====================
TESTIMONI PENGGUNA SHAKLEE YANG BERDAFTAR DENGAN SAYA, PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU, PONTIAN
====================


TESTIMONI SHAKLEE PENGHADAMAN LAWAS - JEELY 013-7115530
PENAFIAN: Ini bukan ubat untuk kurus tetapi hanya Supplement (makanan tambahan sahaja). Keputusan selepas penggunan adalah berbeza bagi setiap individu.
TESTIMONI SHAKLEE CAROTOMAX.(SILAU KURANG) -JEELY 013-7115530
PENAFIAN: Ini bukan ubat untuk rabun dan silau, tetapi hanya Supplement (makanan tambahan sahaja).
Keputusan selepas penggunaan adalah berbeza bagi setiap individu.

TESTIMONI SHAKLEE OSTEMATRIX (LENGUH KAKI HILANG ) JEELY 013-7115530
PENAFIAN: Ini bukan ubat untuk sakit kaki, tetapi hanya Supplement (makanan tambahan sahaja).
Keputusan selepas penggunaan adalah berbeza bagi setiap individu.


Hubungi saya, PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU, PONTIAN
Call Segera Jeely 013-7115530 (klik nombor untuk call)
atau
Whatsapp segera Jeely 013-7115530 (klik nombor untuk whatsapp)


INYSYAALLAH saya sedia dan komited membantu anda kerana saya Pengedar Shaklee Johor Bahru, Pontian yang aktif sehingga kini.

PENAFIAN: Hasil keputusan selepas penggunaan adalah berbeza mengikut badan setiap individu. Semua yang memberi kesembuhan hanya Allah.

















Tuesday, October 17, 2017

Petua Kencing Manis dari Sumber yang Selamat

12:44 PM 0
Petua Kencing Manis dari Sumber yang Selamat
Bagi pengidap kencing manis mereka bukan sahaja konsisten dengan ubat doktor malah banyak petua kencing manis dari sumber yang selamat boleh digunakan. Cik Jeely akan kongsikan petua kencing manis yang sudah lama diamalkan sejak dahulu. Anda boleh juga lihat disini untuk mengetahui tanda-tanda kencing manis peringkat awal.


Petua Kencing Manis dari Sumber yang Selamat

1.Peria Katak

PERIA KATAK
Peria katak atau nama saintifiknya Momordica Charantia mengandungi 3 bahan aktif untuk masalah kencing manis. Antaranya ialah Charantin yang membantu untuk merendahkan paras gula dalam darah, Vicine dan juga Polypeptide-P iaitu sejenis bahan seperti insulin. Insulin ini sangat penting kerana ia bekerja dengan menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Tiada insulin- gula tidak dapat ditukar kepada tenaga- paras gula akan semakin tinggi dalam darah dan berisiko memberi kesan keatas saraf, mata, buah pinggang,dll. 

Cara menggunakan peria katak sebagai petua hanya dengan meminun jus peria katak yang diekstrak segar, pada setiap pagi semasa perut kosong. Ini akan memberi kesan penyerapan lebih optimum. Boleh baca khasiat peria katak yang lain disini.

2.Patawali / Akar Seruntun

PATAWALI / AKAR SERUNTUN
Patawali/Akar Seruntun/brotowali/batang wali atau nama saintifiknya Tinospora Crispa (Miers) dari keluarga Menispermaceae selalu dijumpai di pagar-pagar lama, rumah tinggal. Ia adalah pokok menjalar yang dimana kalau dipandang seperti semak belukar. 

Khasiat paling banyak boleh dijumpai pada batang Patawali. Batangnya bersifat kasar/menggerutu dan pahit. Kajian mendapati ekstrak etanol dalam batang Patawali mampu mengurangkan paras gula dalam darah pesakit kencing manis. Caranya sangat mudah, hanya merebus batang Patawali kemudian tapis dan diminum segelas sehari. 

3.Gaharu / Agarwood

DAUN GAHARU
Lazimnya, gaharu diketahui umum sangat terkenal dengan minyak wangi. Nama saintifiknya ialah Aquilaria Malaccensis dari keluarga Thymelaeaceae. Ia juga dikenali sebagai “emas hitam hutan” kerana ia adalah pokok yang sangat dikehendaki dan mahal di dunia. Gaharu mempunyai banyak manfaat dari batang hingga daun, dan paling utama adalah pati berharga dari batangnya untuk menghasilkan minyak wangi. 

Mungkin ramai tidak tahu, daun pokok gaharu boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis. Daun gaharu mengandungi acid heksadekanoat, saponin dan flavonoid, bahan aktif ini boleh membantu untuk menurunkan paras gula dalam darah. Selain itu, ekstrak dari daun gaharu juga mengandungi analgesik dan terdapat ciri-ciri anti-radang yang boleh merawat keradangan. 

Cara daun gaharu digunakan untuk masalah kencing manis dengan dua cara:

I. Keringkan daun gaharu segar (jangan dikeringkan sehingga warna hijaunya hilang), kemudian rendam ke dalam air panas 10-15minit, dan boleh diminum.

II. Rebus daun gaharu segar, dan boleh terus minum air rebusan itu.

4.Bawang putih

BAWANG PUTIH
Bawang putih atau nama saintifik ialah Allium Sativum dari keluarga Alliaceae. Bawang putih umumnya lebih dikenali sebagai rempah/perasa/pewangi untuk masakan. Antara keistimewaan lainnya, bawang putih boleh membantu untuk menurunkan kadar gula dalam darah, meningkatkan pengeluaran insulin dan juga berkesan untuk mengurangkan rintangan insulin.

Dengan pengambilan secara konsisten setiap hari, 2 hingga 3 ulas setiap hari, mampu membantu pesakit kencing manis. Caranya, bawang putih ini boleh dimakan mentah ataupun dibakar. 

5.Green Tea / Teh Hijau

GREEN TEA / TEH HIJAU

Teh hijau di hasilkan dari tumbuhan Camellia Sinensis dan lebih banyak mengandungi khasiat berbanding teh biasa. Oleh sebab cara penghasilan teh hijau berbeza, ia sangat kaya dengan anti-oksidan. 

Teh hijau mampu mengurangkan/menghalang risiko kencing manis serta mampu mengurangkan rintangan insulin. Teh hijau juga tinggi kandungan polyphenols yang mempunyai kesan anti-radang dan anti-oksidan yang kuat. Petua menggunakan teh hijau, hanya minum sehari segelas sahaja untuk masalah kencing manis. 

HATI-HATI

Tahap keserasian badan untuk menerima segala petua ini adalah berbeza mengikut individu. Pastikan anda mendapat khidmat nasihat dari doktor terlebih dahulu bagi memastikan petua kencing manis ini selamat digunakan bersama ubat-ubatan dari doktor. 

**Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee atau produk untuk kencing manis, boleh hubungi:

Cik Jeely 013-7115530
(ID 1259311)
FB: Jeelyana Andik Makah
IG: @theandik

Saturday, October 14, 2017

Tanda-Tanda Kencing Manis Peringkat Awal

8:11 PM 0
Tanda-Tanda Kencing Manis Peringkat Awal
Kencing  manis adalah penyakit yang melibatkan hormon Insulin dimana ianya menjadi teruk apabila pankreas seseorang pesakit telah gagal berfungsi untuk menghasilkan Insulin. Insulin ini sangat penting untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Apabila gula dalam darah tidak dapat ditukarkan kepada tenaga, ini akan menyebabkan kadar gula dalam darah semakin tinggi, dan terhasillah kencing manis. Awas! Kadang-kala, ada pesakit yang tidak perasan sebenarnya mereka sudah lama terkena penyakit kencing manis ini. Jadi, di sini Cik Jeely akan kongsikan tanda-tanda kencing manis peringkat awal yang perlu anda tahu. 

TANDA-TANDA KENCING MANIS PERINGKAT AWAL


5 Tanda-Tanda Kencing Manis Peringkat Awal

1.Kerap membuang air kecil dan selalu rasa dahaga

Disebabkan gula yang tinggi dalam darah, air akan ditarik masuk ke dalam aliran darah dan kemudiannya disalurkan ke pundi kencing. Ini akan menyebabkan seseorang itu kerap buang air kecil daripada biasanya. Oleh sebab kebanyakan air telah disalurkan menjadi air kencing, ini akan menyebabkan seseorang itu juga sentiasa berasa dahaga. 

2.Badan cepat letih dan kehilangan berat secara drastik

Secara saintifiknya, insulin diperlukan untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Tetapi, akibat kegagalan pankreas untuk menghasilkan insulin, gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga dan menyebabkan badan cepat terasa letih kerana kekurangan tenaga untuk menampung aktiviti seharian.

Selain itu, akibat gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga juga menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak kepada tenaga. Kesan dari ini seseorang itu akan kehilangan berat badan yang drastik walaupun dia mengambil makan seharian seperti biasa.  

3.Penglihatan mata semakin kabur

Kesan daripada paras gula yang tinggi dalam darah, ia boleh merosakkan saluran-saluran darah kecil yang menyebabkan kerosakan pada mata (akan menjadi semakin kabur), kerosakan pada buah pinggang dan juga pada saraf. Jika masalah ini dibiarkan begitu lama tanpa sebarang rawatan, berkemungkinan seseorang itu mungkin akan buta. 

4.Sering kebas tangan dan kaki 

Antara tanda-tanda kencing manis peringkat awal yang lain ialah, seseorang itu akan sering berasa kebas pada tangan dan kaki, kesemutan atau bengkak. Ini kerana sistem saraf atau pembuluh darah telah mengalami kerosakan dan menyebabkan darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan. 

5.Luka lambat untuk sembuh

Paras gula yang tinggi dalam darah juga boleh menjejaskan keupayaan penyembuhan badan, sistem imun dan proses untuk membantu tubuh sembuh tidak dapat berfungsi dengan baik jika paras gula tinggi. 

Ini akan menyebabkan jika seseorang tu mengalami luka, proses untuk luka itu sembuh akan menjadi perlahan berbanding biasa. Jika dibiarkan boleh menyebabkan luka itu merebak lebih teruk dan membahayakan. 

Kesimpulan

Setiap orang perlulah memerhatikan perubahan luar dari kebiasaannya pada tubuh badan mereka. Jika ada tanda-tanda kencing manis peringkat awal ini pada diri, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapat khidmat nasihat dan rawatan. Supaya penyakit kencing manis ini dapat disembuhkan selagi belum terlambat.  

** Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee untuk kencing manis atau apa sahaja, sila hubungi:   

Cik Jeely 013-7115530
(ID 1259311)
FB: Jeelyana Andik Makah
IG: theandik